Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

FHM 2013

Semalam saya ke FHM 2013 atau The 12th Malaysian International Exhibition of Food, Drinks, Hotel, Restaurant & Foodservice Equipment, Supplies, Services & Related Technology . Fuhhh Panjangnya nama. Sebenarnya sejak 3 tahun kebelakang, saya memang pergi ke pameran sebegini. Ada banyak perkara yang menarik minat saya tetapi tidak banyak gambar yang dapat saya ambil. Ada beberapa rekaan yang nampak mudah tetapi cantik untuk dicuba di rumah. Sementelah hari ini si kecil genap setahun, alhamdulillah. Cadangnya saya hendak buat sendiri kek. Coklat juga. Macaroon yang sangat sedap pernah saya rasa. Sangat lembut dan cair di dalam mulut tetapi tidak begitu manis. Pameran kek pengantin. Teruja. Siapa hendak kahwin, mari ambil idea. Kek cawan comel. Banana... banana... banana Coklat, kek, macaroon, biskut... Pencuci mulut yang cantik-cantik. Ada dari dalam dan luar negara. Lagi coklat. Syarikat Malaysia tetapi coklat import dari negara lain. Kenapa? Peng

Saya Bantah!

Lepas satu, satu. Lagaknya macam penyelamat tetapi sebenarnya semua orang tahu, inilah dia si musang berbulu ayam . Campur tangannya tidak menjanjikan kebaikkan. Semua dilakukan demi kepentingan peribadi. Lihat sahaja Iraq, Libya, Mesir dan lain-lain negara yang pernah Amerika libatkan diri, semuanya tidak aman. Tidak kembali tenteram. Sebaliknya lebih tertekan. Tidak ada titik nokhtah pada peperangan yang dimulakan. Nasib Syria akan menjadi seperti Iraq. Titik! Sebaliknya isu ini dimainkan adalah untuk menutup serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Lubnan. Ruang udara Lubnan kini dicerobohi sesuka hati. Syria dikatakan menggunakan bahan kimia terlarang. Benarkah? Sekiranya benar sekalipun, ada rakyat Amerika yang berdemonstrasi menyelar, bahan kimia itu adalah dari Amerika sendiri. Hmmm... strategi baling batu sembunyi tangan yang biasa dilakukan oleh Amerika. Rakyat Amerika sendiri menentang rancangan busuk Presiden Obama itu. Siapa yang bangga sangat dengan presiden y