Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Penderaan Kanak-kanak: Dirantai & Terpaksa Berlapar

Berita ini ada dalam hampir semua akhbar-akhbar tempatan. Menyelar tindakan bapanya sebagai kejam dan tidak berperikemanusian. Kanak-kanak berusia 2 dan 6 tahun dirantai di dalam bilik air, kelaparan serta ditinggalkan tanpa penjaga. Manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.   Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri (Kosmo, 30 Disember 2011). Ini lagi satu bentuk penderaan. Alasan si bapa yang keluar bekerja pada jam 3 petang, anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah (Kosmo, 30 Disember 2011). Bapanya ditahan sebaik pulang ke rumah kira-kira pukul 8.45 malam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak (Utusan Malaysia, 30 Disember 2011). Ini konklusi rambang semata-mata: #1. Perlakuan ini tidak dinafik

Restoran Istana Bambu

Hasrat hati ke restoran ini sudah lama tertangguh. Sejak bulan puasa nan silam. Minggu sebelumnya pun perancangan untuk ke sini, tidak menjadi. Kebetulan keluarga dari Utara akan datang bercuti di sini. Memang awal-awal lagi sudah pasang angan-angan. Lagipun poket tengah kembung baru dapat gaji. Hendak buat tempahan awal tidak berani. Sejak malam Sabtu itu, ada masalah bekalan air di rumah. Pihak Syabas datang setelah jarum jam melewati angka 12 tengah malam dan mengatakan masalah berpunca dari penapis air. Keesokkan harinya, adik dan suami bertungkus lumus membetulkan keadaan. Selesai masalah penapis air. Sekarang cuma-cuma jadi hiasan di hadapan rumah. Tapi air tidak juga sampai ke dalam rumah. Jeng jeng jeng. Puas memikir di mana silapnya. Dalam hati berdoa jangan sampai terpaksa memecahkan lantai, mencari kalau-kalau ada paip yang bocor sudahlah. Menjelang tengah hari masalah itu tak berjaya diselesaikan. Sampai-sampai adik dan suami terpaksa pergi bermandi manda di stesen mi

Hasrat Tak sampai

Musim cuti sekolah belum ada kesempatan bawa anak-anak bercuti. Kawasan sekitar Selangor pun ada juga tempat-tempat menarik yana belum diteroka. iCity misalnya, dengar cerita dan tengok gambar sahaja. Adik bongsu berhajat ke Genting tapi keberatan hendak pergi. Faham-faham sahajalah cuti perayaan begini, sudah tentu sesak padat manusia di situ. Kalau bukan kerana masalah air, saya memang berhasrat ke Kuala Gandah tapi memikirkan tempat yang lebih dekat ada, mengapa bersusah payah berjalan jauh? # 1 Sekitar jam 4 petang, kami tiba di KLCC . Berdasarkan Buletin 130, KLCC lenggang. Peluang baik ke Petrosains. Itu lebih baik dari pergi ke Sunway Pyramid . Kami ke sana Sabtu lepas, mencari parkir sahaja lebih setengah jam. # 2 Siapa kata lenggang? KLCC sendat padat dari taman permainan sampailah ke dalam. Namanya anak-anak, pantanglah nampak playground mesti hendak main. Bersesak-sesak juga mainnya. Memang sekejap sahaja di situ. # 3 Tiket ke Petrosains habis. Anak-anak pergi ke Str

Marble Chocolate Cheese Cake

Hero cilik saya memang minta buatkan kek pada hari ulangtahunnya tempoh hari tetapi tak sempat saya tunaikan permintaannya. Lagipun kek ulangtahunnya sudah saya buat awal-awal lagi ketika hari ulangtahun kakaknya. Kemudian di kampung, suami beli pula kek ulangtahun untuk mereka kongsi dan raikan bersama sepupu-sepupu. Ulangtahunnya yang lalu, kami pergi makan-makan di Naili's Place Sentul . Sesuatu yang sangat jarang kami lakukan pada hari bekerja. Hari Isnin lepas, jiran hulurkan sepinggan pulut kuning berlauk rendang ayam sempena kejayaan anaknya mendapat biasiswa dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Yayasan Saad . Alhamdulillah tumpang seronok dengan kejayaannya. Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa . Ingat tak iklan ini di kaca tv dulu-dulu kala? Giliran saya membalasnya. Begitulah rancangannya. Krim keju masih ada. Resipi Marble Chocoloate Cheese Cake yang saya ambil dari blog Kak Umi yang jauh nun di Kuantan. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. B

Kebenaran Tak Pernah Tidur

Anak lelaki saya berusia 3 tahun 1 hari, mengucapkan kata-kata ini, "kebenaran tak pernah tidur". Mana dapatnya kata-kata ini? Kartun versi yang mana satu? Upin Ipinkah ? Boboiboykah ? atau Pada Zaman Dahulu ? atau drama Melayu mana yang mengungkap kata-kata ini? Macam mana boleh saya terlepas pandang? Memang kebenaran tak pernah tidur tetapi Sayang, kebenaran selalu dinafikan . 

Ulangtahun ke 3 Hero Cilikku

Genap sudah umurnya 3 tahun. Kurus kecil tapi lasak dan berani. Namapun, hero. Pahlawan Islam, katanya. Ini pengaruh sejarah tentera Abrahah yang cuba menakluk kota Mekah. Selamat ulangtahun ke 3 anakandaku, Muhammad Darwisy Hanan dengan doa dan harapan menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur, murah rezeki serta dalam rahmat Yang Esa sentiasa. Amin. Black beauty chocolate cake ini, satu adunan tetapi saya kukus dalam dua bekas berbeza. Satu untuk kakak. Satu lagi untuk adik. Dalam erti kata lain, Adik aka Abang Ngah sambut ulangtahun hari lahir awal. Bukan atas permintaannya. Insya Allah kalau masa mengizinkan, saya akan buatkan lagi kek untuknya hari ini. Sebetulnya, saya sedang dalam proses belajar menghias kek. Kek mereka, saya hias menggunakan edible image . Cuma edible image sahaja merupakan pilihan mereka berdua. Edible image boleh didapatkan di kedai yang membekalkan barangan bakeri dengan harga sekitar RM 9.00 atau RM 9.50. Pertama kali mencuba. Alhamdulillah. Per

Ustaz Don - 30 Minit Serasa Singkat

Penyampaian bersahaja, mudah fahami serta ada jenaka tetapi penuh dengan ilmu, barangkali faktor-faktor ramai berminat dengan penyampaian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ada yang  mengatakan Ustaz Don adalah fenomena baru. Alhamdulillah, memang bagus begitu. Kejayaan ini akan membuatkan usaha memperkayakan program berbentuk keagamaan, dipertingkatkan. Anak-anak pun suka juga. Peluang yang baik mendekatkan mereka dengan rancangan bercorak keagamaan. Gaya tiga jari Ustaz Don pun jadi ikutan mereka. Hari selasa, belajar tajwid. Ustaz Don mulakan dengan membetulkan bacaan surah Al Fatihah, surah An Nas dan ayat-ayat lazim yang lain. Kebetulan ada yang memang diketahui dan ada yang sedang mereka pelajari. Malah apabila Ustaz Don menyebut watak-watak kartun, anak-anak jadi lebih seronok. Lewat sedikit mereka tidur kerana menonton. Mujur juga masa siarannya cuma 30 minit. 30 minit memang tempoh yang singkat. Campur pula dengan selingan iklan. Ustaz Don selalu pesan, jangan merungut. Hargai

Jawapan Ariff Alfian

Sudah terbukti, sememangnya lelaki Melayu yang berkahwin sesama lelaki di Dublin City Hall itu adalah Arif Alfian Rosli. Arif Alfian telah berjaya ditemubual The Irish Times dan temubual ini diterbitkan pada 20 Disember 2011 dengan judul,  Malaysian Muslims seek action over man 'missing' in Ireland .  Klik imej untuk berita tersebut. Apa pendapat anda? Sekali lagi ikhlas untuknya, "Ariff Alfian, jalan pulang masih terang. Sila patah balik dan pulanglah, demi agamamu." Ariff sendiri mengaku masih Islam, akan kekal Islam dan seterusnya berhasrat meninggalkan alam fana ini juga sebagai umat Islam. Ralat: Gambarnya untuk entri terdahulu sudah digantikan dengan yang lain. 

Keliru? Bercelaru Sudahnya

Apa perasaan anda apabila mata tertancap pada gambar ini? Bayangkan perasaan ibu ayahnya. Ibu ayah yang mengandungkan, melahirkan, bersengkang mata merawat sakitnya, menyuap nasi ke mulutnya,  membersihkan tubuhnya, merapikan pakaian sekolahnya, menyikat rambutnya, memimpin tangannya dan setiap segala sesuatu yang telah dilakukan atas nama kasih sayang dan tanggungjawab, untuk anak itu. Bayangkan dari tapak kakinya sebesar dua jari sehingga dia mampu kini berdiri dengan gagah, memimpin tangan "pasangan"nya untuk diijabkabulkan dalam situasi yang sangat meruntun perasaan ibu dan ayahnya. Ya saudara saudari, lelaki ini sekiranya benar yang dilaporkan telah  menghilangkan diri dari keluarganya sejak tiga tahun lepas, difahamkan telahpun melangsungkan "perkahwinan"nya. Astagfirullahaladzim. Tanda-tanda kiamat itu kian hampir semakin nyata kini. Sekali lagi kecelaruan gender menjadi isu.  Isu yang sudah jadi barah dalam masyarakat. Memang anak ini tidak hilang tetapi

Sultan Alauddin Bukan Sebarang Sultan

Sejarah memang minat saya. Sejak dari usia hijau lagi, sejarah memang bidang yang menyenangkan. Dalam meghayati sejarah kesultanan Melayu Melaka, Sultan Alauddin Riayat Syah memang paling dikagumi. Seperti yang dipelajari sejak di bangku sekolah rendah Sultan Alauddin Riayat Syah adalah sultan berjiwa rakyat. Tambahan pula cara baginda mendekati rakyat, mirip dengan Khulafa Ar-Rasyidin, Khalifah Umar Al-Khatab . Baginda menyamar dan menangkap pencuri di Melaka. Zaman pemerintahannya digambarkan di dalam buku-buku teks sejarah sebagai zaman kegemilangan pemerintahan Islam yang unggul. Undang-undang Islam dilaksanakan. Baginda dikatakan sebagai sultan yang adil. Ya, sebagaimana Khalifah Umar, baginda juga memerintah dalam tempoh yang singkat dan mati dibunuh. Faisal Tehrani menambahkan rasa kagum dan hormat kepada tokoh ini melalui karyanya, Nama Beta Sultan Alauddin . Benar, ini karya fiksyen. Tidak ketahuan ketepatan pengisian faktanya. Namun sejumlah kisah terlindung ini, mengangk

MPH Carnival 2011

Kelam kabut. Sebenarnya kalau pergi ke mana-mana pesta buku, masa sejam memang takkan mencukupi. Tapi itulah hendak buat macam mana lagi. MPH Carnival ini mula 8 Disember. Saya, Zalipah dan Husna merancang ke sana pada keesokkan harinya, kebetulan kerana waktu rehat yang lebih panjang daripada biasa. Panjang pun, jadi pendek selepas tolak mengharung sesak di jalan raya. Tambah-tambah hari Jumaat. Tambah-tambah ke Mid Valley. Sesampai sahaja di sana terus isi minyak perut. Baru banyak tenaga . Tidak. Takut-takut ralit menjamu mata dan saku dengan buku, terlepas pula makan tengah hari. Satu hal pula. Takkan nak menjamu selera waktu pejabat pula. Sesudah kenyang perut, suka hati baru masuk ke tapak karnival. Ada kasut-kasut sekolah, beg-beg sekolah, pendek cerita kebanyakkan peralatan sekolah. Aii mana bukunya? Kalau ada booth yang menjual buku pun, cuma Groolier sahaja. Pelik juga. Rupa-rupanya disebabkan kami kelam kabut, kami tak perasaan karnival buku ada di sebelah kanan. Kami mas

Hati Yang Rapuh

Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak? - mStar online (13 Disember 2011) Bagaimana kita rasa? Kita manusia. Kita ada hati . - Utusan Malaysia online (13 Disember 2011) Benar, hari ini atau lewat hari-hari kelmarin, soal hati kerap jadi bicara atau tumpuan. Namun mohon Yang Maha Esa terus memelihara hati ini, walau apapun rasa di dalamnya. Biar apapun, sangat menyakini tentang takdir kita hanya Dia yang tahu . Ya Allah, Kumohon ehsanMu untuk bahagia dengan husnul khatimah setelah semuanya ini, amin.

Sumpah Atas Penindasan?

Sumpah kata ganti nama lainnya adalah kaul. Kaul , tajuk asal novel yang memenangi hadiah penghargaan novel GAPENA Yayasan Sabah, karya Raja Ahmad Niza. Kaul diterbitkan pada tahun 1979, diganti dengan Sumpah, cetakan pertama tahun 1980. Prinsip: yang tergadai mesti ditebus atau dibinasakan . Kata pepatah, kerana mulut badan binasa kerana itu kata mesti dijaga. Kata-kata boleh menjadi doa. Bayangkan ketika berkata-kata, pintu langit luas terbuka. Termakbul. Prinsip ini didokong oleh satu watak, Bidin namanya. Prinsip itu dikota kemudiannya. Tidak ditebus tetapi dibinasa. Itulah kaul terbesar dalam novel ini. Sumpah Bidin, Shahron dan kebanyakkan pemilik tanah di kaki gunung Kampung Simpang Tiga supaya apa yang diusahakan broker tanah juga bekas penghulu, Engku Hasnol dan Tauke Lim, biar jahanam ! Sumpah Engku Hasnol setelah apa yang diusahakan terlungkup malah kesejahteraan keluarganya mula goyah, biar mati ! Akhirnya secara tidak langsung sumpah itu memakan nyawa, Badar

Coklat Untuk Ulangtahun Anakanda

Disember bulan yang dinantikan ketika 2006 dan 2008. Kedua orang putera dan puteri lahir dalam bulan yang sama iaitu Disember. Kami tidak pernah meraikan kedua-duanya dengan majlis besar-besaran. Kebiasaannya hanya sambutan kecil bersama kalangan ahli keluarga sahaja. Bimbang tak menang tangan mengendali majlis. Sementelah tak punya pembantu. Cuma ada sekali kami menyambutnya di Utara, Ayah dan Emak jemput saudara mara dan jiran-jiran terdekat.  Oleh kerana ibunya ini berjinak-jinak dengan coklat buatan tangan, maka ini jugalah buah tangan buat teman-temannya di sekolah, taska dan kampung. Sambutan ulangtahun di taska pada November sebelum musim cuti sekolah bermula. Sambutan ulang tahunnya di sekolah, hanya diadakan pada tanggal 9 Disember. (Maaf, terpengaruh dengan gaya penulisan dalam Sandera. Tak sabar hendak menghabiskannya). Satu yang paling menarik tentang coklat adalah anda tidak perlu terlalu buru-buru dalam membuat persiapan. Melayan karenah anak-anak. Membiarkan kelelah

Bahaya Sihir, Santau & Saka

Tidakkah ini menakutkan? Berdiri bulu roma melihatnya. Sihir untuk menganaiya orang lain. Memohon bantuan daripada syaitan sebenarnya. Menurut Ustaz Fauzi Mustafa, sekiranya kita (umat Islam) telah syirik, semua amalan dan pahala yang telah kita lakukan akan terhapus selagi tidak bertaubat. Ini sepatutnya lebih menakutkan lagi. Jangan main-main sihir boleh merosakkan akidah turun temurun. Apa tidaknya kalau saka yang jadi warisan. Santau dan saka itu tergolong dalam sihir. Renungkanlah. Jangan bermain dengan api, nanti tanpa sedar membakar diri. Jarang sangat menonton drama Melayu kebelakangan ini. Tambah lagi drama bersiri. Selepas Maghrib semalam, kebetulan niat di hati hendak mematikan televisyen yang terpasang tanpa penonton (anak-anak tertidur angkara tidak tidur siang), drama Melayu rupanya sedang bersiaran. Tentang Dhia . Rupanya drama ini adaptasi dari novel. Kenapa sekarang stesyen televisyen gemar siarkan drama Melayu pada waktu Maghrib? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sedangkan p

Kembara: Dr Faisal Tehrani

Kembali Dr Faisal Tehrani menjadi penulis tamu majalah Intrend. Itu majalah fesyen. Apa yang ' in ' dalam fesyen terkini? Entahlah, belek-belek gambar sahaja. Apa yang Dr Faisal Tehrani tulis mengenai fesyen? Tidak. Bukan fesyen. Buka ruangan gaya hidup dari mata lelaki, Dr Faisal Tehrani menulis tentang kembara. Sedikit berbeza. Jika anda harapkan beliau menggambarkan keindahan kota atau bandar yang dilawati atau mana tempat pilihan untuk sama dikunjungi atau di mana boleh dapatkan barangan dengan harga durian runtuh. Maaf, tidak akan anda temukan. Namun gambaran sebegitu ada dalam karya beliau. Keindahan Turki misalnya, dilukiskan dalam novel Surat-surat Perempuan Johor . Kembara tentu sahaja memberi seribu erti. Menawarkan pengalaman baru. Mempelajai berbeza budaya. Bahkan melalui tulisan pojok Dr Faisal Tehrani, pelbagai lagi yang diperolehi.   Tiga pengalaman berbeza beliau melalui kembara. Sebiji epal dari sebuah ladang di kampung pendalaman daerah Cide, Turki yang

Ulangtahun ke 5 Si Manis

Selamat menyambut ulangtahun ke 5 anakandaku, Dayini Syafiah. Semoga anakanda yang baik hati ini tetap menjadi anak yang solehah, dipanjangkan umur, murah rezeki serta dalam rahmat Yang Esa sentiasa. Amin. Black beauty chocolate cake atau nama barunya digelar adinda sebagai kek ekonomi , istimewa buat anakanda kali ini. Mengapa kek ekonomi? Lihatlah bahan-bahannya dan cubalah, tentu anda juga setuju. Alhamdulillah. Ini pengalaman pertama menyediakan kek kukus. Kami (saya dan anak-anak) masih berkampung di istana ayahbonda dek kerana kesihatan saya yang tidak mengizinkan.  Bagaimanapun masih tanggungjawab saya sebagai ibu untuk membuatnya berasa gembira. Alhamdulillah, kami sekeluarga juga rasa gembira dengan keletah dan gelak tawanya. Semoga warna-warna ceria tetap menghidupkan pertumbuhan anak gadis manisku.