Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Salam

Seingat saya blog pertama yang saya baca sekitar tahun 2001, tuannya namakan ianya seluas angkasa . Mulanya saya hanya silent reader , kemudian saya jadi kerap meninggalkan jejak (komen dalam blognya...) dan ada kiriman saya yang beliau paparkan (gembira tau masa tu...). Ada karangan saya untuk beliau, ditampal di dalam fotopages orang lain (ini saya jumpa sendiri, takteh.fotopages.com). Petanda beliau punya begitu ramai peminat. Atas dasar persahabatan, saya terima undangan beliau meraikan majlis perkahwinannya di Melaka. Itulah kali pertama dan setakat hari ini, kali terakhir saya bersemuka dengan beliau sekeluarga. Saya ikuti perkembangan beliau hingga kini. Ketika beliau sekeluarga diuji dengan ujian yang sangat getir, kehilangan Amir Yusuf . Detik itu, saya kira lebih ramai yang membaca blog beliau. Begitu istimewa arwah anakanda dititipkan doa ratusan pembaca blog ayahnya. Melalui seluas angkasa ini, saya kenal blog-blog yang lain. Antara yang paling saya rajin singgah adalah b